Friday 20 July 2012

Ramadan Datang lagi...

Pejam celik,pejam celik Ramadan datang lagi menjenguk dalam hidup aku... Alhamdulillah kepada Allah aku dapat sambut lagi Ramadan dengan keluarga aku.. walaupun tak sempurna.. tapi aku tetap bersyukur..

Masa berlalu dengan pantas, kadang2 nak berehat pun tak sempat..rehat2 ayam je aku minggu ni. sungguh tidur petang pun dah jarang minggu ni. Aku lebih banyakkan masa dengan berjogging je.. nak diet..haha..

Tapi time puasa ni nak jogging juga.. tapi takut orang pandang pelik je dekat aku.. tak gitu.. mulut manusia mana boleh tutup kan?. Aku nak tengok2 dulu kalau2 ada orang islam yg jogging.. aku bolehlah  tumpang sekaki kan..

Aku harap ramadan kali ni lebih bermakna.. dan erti ramadan tu bukan diertikan dengan bazar ramadan,lagu2 raya,mercun and lain2 lagi.. tapi ramadan ni bulan kita pulun pahala banyak2 dan puasa dari membuat dosa..termasuklah aku..

Tapi bagi aku perkara yg paling susah nak dihakis ialah 'mengumpat' kan..kdg2 kita lupa..kdg2 hawa nafsu tuh yg tak boleh nak tahan punya.. gerenti.. tapi yg lebih baik.. kita banyakkan berdiam diri pada bulan ramadan ni.. so mesti tak boleh 'mengumpat'.. diri aku pu kena beringat jugak.. dan anda2 diluar juga.. May ALLAH bless you.. Amin.. Assalamualaikum.. :)

Thursday 28 June 2012

I love You


like your smile
I like your vibe
I like your style
But that’s not why I love you
And I, I like the way
You’re such a star
But that’s not why I love you
Hey
Do you feel, do you feel me?
Do you feel what I feel, too?
Do you need, do you need me?
Do you need me?

Aku suka tengok senyuman dia. Aku suka tengok mata dia. Aku suka tengok gaya dia. Aku suka dengar suara dia. Aku suka dengar gelak dia. Tapi buka tu yang buat aku jatuh cinta dengan dia. Dan memang tak ada sebab aku jatuh cinta dengan dia. Sungguhlah orang cakap cinta itu buta. Tapi aku tak buta dengan cinta aku pada dia. Semakin aku jatuh cinta dengan dia, semakin aku semangat nak study and pergi sekolah. Positive change.

First time bercakap dgn dia:

First time dia cakap dengan aku, time hari kantin. Time aku jaga gerai KRS. Dia dtg jual belon and keropok tomato. Tuh first time aku dapat cakap dengan dia. "dup, dap, dup" macam tu lah jantung aku setiap kali dia pandang aku, senyum dekat aku, or lalu depan aku. Hanya ALLAH yang tahu betapa aku cinta dia. Tapi semua orang cakap tu hanyalah cinta monyet. Tapi aku tak cinta monyet. Aku tengah mencintai orang.

First time terkantoi:

Kawan dia terjumpa ada nama dia dekat pemadam aku. Dan cuba membawanya kepada si dia. Sungguh. Takut sangat masa tuh dia tahu.

Second time bercakap dgn dia:

Time hari jamuan untuk perpisahan cikgu practice kimia and math mode (28/6/12). Masa nak main musical chair. "Dengar lagu dari handphone je ea" sambil pandang aku. 'dup, dap,dup'. Lagi sekali jantung aku laju.

Second time terkantoi:

"Ea, u suka dia ea?" zup.. apa? mana dia tahu. Aku terus bla sambil menggigil2 pegang pinggan mee goreng. Terus duduk and makan je mee tuh.. Fuhh~~ soalan pe tuh? soalan memang maut punya. Patutlah setiap kali dia pandang aku mesti macam ada something.. Sungguh..aku aku malu kalau dia tahu aku mencintai dia dalam senyap.

p/s: "cintailah seseorang itu dalam diam-diam, seperti kisah cinta Saiditina Fatimah dan Saidina    Ali. Yang akhirnya ALLAH pertemukan jua. Sesungguhnya mereka yg mencintai secara diam itu sedang berjihad. Berjihad menentang kehendak diri. Menundukkan nafsu hati. (seandainya Kau catatkan dia miliku, satukanlah hatinya dengan hatiku) May ALLAH bless me. Amin

Saturday 16 June 2012

Hati kata mahu. Otak kata tidak

"Rojak- rojak....." "Sayur- sayur!!... "

Suasana di pasar malam sememangnya begini setiap kali aku kesitu.. Sesak. Sukar untuk aku bernafas walaupun se atom dari oxygen . Payah. kaki terus berjalan kegerai-gerai lain. Selepas gerai buah seterusnya ke gerai baju. Mata terus melilau melihat kiri dan kanan. Tiada makanan yang berkenan dengan selera aku. Uda dan aku terus melangkah walaupun terlampau sesak dek apek-apek dan nyonya-nyonya. Terpaksa. Akhirnya mata aku terpaku kearah seorang yang agak berumur. Mungkin dalam lingkungan 32-39. Pakcik tu memegang tabung . Tabung derma. Aku melintasi dengan pelahan dan mata aku masih memandangnya. 

" Derma dik, insyaallah dimurahkan rezeki"

Zupp...jantung ku berdegup laju. Aku seperti hilang kata. Mata ku terasa panas. Tekak ku terasa berpasir.. Aku akhirnya akur dan terus melangkah. Hati aku ingin menderma. Tetapi otakku menidakkan. Kenapa? Aku pun tak faham. Aku keliru. Sangat. Sungguh.

Langkahku semakin lemah. Jantungku masih laju berdegup. Kenapa aku perlu takut?. Aku takut kalau orang sekeliling memandang aku seperti pura-pura baik. Tapi kenapa perlu takut untuk melakukan suruhan ALLAH? Asalkan niat aku betul dan kerana dia kan? Dan biarkan pandangan orang lain. Senang bukan?

"Dek,, dah sampai hujung ni.. kau nak beli pe?" Aku masih berdiam dan hanya menjongkitkan bahu aku. Uda dan aku berpatah balik. Lagi sekali aku berselisih dengan seorang lagi pakcik yang memenggang tabung derma tapi kali ini pakcik ni memakai jubah putih..keadaan masa tuh sangat merobek jiwa aku.. Sangat. Aku melihat disisi pakcik tu ada seorang lelaki yang sedang membuka wallet dia dan not RM 5 kelihatan.

"oh, tak pe kot.. abang tuh nak derma. Aku derma dekat depan je lah." Bisik hatiku. Aku pun berlalu dengan pelahan. Tetapi semasa aku hendak melangkah kaki ku ini rupa-rupa abang itu tadi keluarkan duitnya untuk bertujuan menderma tetapi untuk membeli. Zupp.. lagi sekali hati ku berdegup kencang. Dan tidak semena-mena pakcik berjubah itu tersepit di kalangan manusia yang tidak menghiraukan kehadirannya disitu. Sangat menghayat hati. Aku terus meneruskan langkahku kerana tidak sanggup  untuk menahan jiwaku. Aku teruskan perjalanan dengan pelahan-lahan. 

"Aku masukkan dekat pakcik yang depan tuh lah." Bisik hati kecilku.. Langkah uda emakin pelahan. Dan langkah kami semakin hampir dengan pakcik itu. Berhenti. Uda berhenti? Kenapa?

"Terima kasih adik, insyaallah dimurahkan rezeki." Uda terus berlalu. Aku terkasima.
"Terima kasih adik, insyaallah dimurahkan reaeki." Dan aku terus mengatur langakah. Allah lepas satu amanah yang kau berikan kepada aku dan uda ku. Alhamdulilallah.. akhirnya kami terus ke kedai buah dan selesai sahaja membeli aku dan uda terus ke parking motor. Selamat tinggal pasar malam...

p/s: Jangan takut dan memikirkan orang sekeliling untuk menilai kita tetapi biarlah Allah yang menilai diri kita..




Thursday 7 June 2012

SAHABAT.

Assalamualaikum..

Dalam hidup ni Allah semua bagi kita peneman hidup iaitu SAHABAT. Setiap orang pasti mempunyai ramai sahabat kan? tak kira sahabat karib atau biasa2 je kan? SAHABAT merupakan tempat kita kongsi suka dan duka kita bersama..betul tak? aku banyak lalui suka dan duka dgn seorang sahabat aku ni. Dan sekarang SAHABAT aku tuh jadi musuh ketat aku, Tapi sekarang ni aku tak lagi label dia sebagai musuh aku, Aku try padamkan perasaan benci aku. Dan ternyata alhmdulilah hilang perasaan tuh.

Aku manusia so aku ada hati dan perasaan dan manusia tak akan dapat lari dari persaan membenci. Batul tak? dan dia akan mengambil masa yg banyak untuk melupakan sesuatu. Aku pun fikir juga kalau aku nak mati cuma satu je aku akan lupa nak buat. Benda tuh ialah minta maaf dekat kaw. Okey, sebenarnya kita sama2 EGO yg sangat2 tinggi menggunug. Aku mengaku. Tapi lepas dengar cerita mmbe yg lagi sorang cakap kaw pun nak minta maaf tapi takut aku tak maafkan kaw. Aku pun fikir benda sama dekat kaw.

Ingat lagi dulu,kaw tak kisah pun naik motor aku yg buruk even kaw kaya. Naik motor tuh sama2 pergi sekolah. Then tetiba nak balik sekolah minyak motor tak ada. Hahaha,, kelakar sangat,, kaw dgn aku terpaksa jalan kaki balik yg sejauh beribu2 batu rasanya lah kan.. hehe.. tapi aku still ingat semua tuh even aku rasa kaw dah lupa sebab kaw dah benci aku gila2 kan?

Even aku kadang annoying dgn perangai kaw.. tapi kaw selalu ada. Kadang2 aku terfikir aku salah jugak.. Tapi aku sebenarnya dah lama maafkan kaw. Hari2 aku berdoa kaw maafkan. Aku tak nak mati dalam keadaan kaw belum maafkan aku lagi.

P/S: forgiving is the best thing in ISLAM. :). Hope you forgive me .

Song For My Sahabat:


Monday i'm waiting
tuesday i'. still waiting to see if u're fine
wednedsay, u're still not here
neither in the morning, nor later
thursday is also empty
friday,or saturday, or even sunday
none of the day that i don't miss u
the day we meet
the day that i was  close to you
the day that we held hands
the day that i loved you
the day that i spoke to you
the day that you listened to me
how long will it be like this? i  don't know
how many months or years?
how many billions of our past memory?
i never don't miss u
january lasted for too long
february , i almost lost my hope
march, my heart got used to it
april feels uneasy
may, i was still bearing
june seems to be empty
how long will it be like this? i  don't know
how many months or years?
how many billions of our past memory?
i never don't miss u


Saturday 19 May 2012

My Supergirl

Assalamualaikum,, Selamat Hari Ibu,,
Even dah terlambat sikit.
Tapi aku still nak tulis entry ni..
DEDICATED TO: MY BELOVED MOM...


My supergirl

Dia umpama nyawa dlm hidup aku.
Dia umpama jiwa dan raga dlm hidup aku.
Dia umpama baying-bayang  dlm hidup aku.
Dia umpama nafas dlm hidup aku.
Dia umpama kaki untuk aku menuju kearah kejayaan hidup aku.
Dialah emakku.

Sanggup bangun pagi untuk memberi sesuap nasi buatku.
Sanggup berlapar untuk aku dan adik beradik makan.
Sanggup bekerja siang dan malam untuk menunaikan hajat kami.
Sanggup memendam kesedihannya untuk melihat kami tersenyum.
Dialah emakku.

Dia berdiri teguh walaupun tiada sesiapa disisinya.
Dia berdiri teguh walaupun bermacam peristiwa hitam sudah dilalui.
Dia berdiri teguh walaupun dicaci dan dimaki.
Dia berdiri teguh walaupun hidup berseorangan bersama-sama kami.
Dialah emakku.

Kami anakmu akan sentiasa disisimu susah mahupun senang hingga mati.
Kami anakmu akan sentiasa menjagamu hingga akhir hayat kami.
Kami anakmu akan sentiasa menyayangimu untuk selamanya-lamanya.
Kami anakmu akan sentiasa taat kepadamu hingga hembusan nafas terakhir.
Dan kami anakmu akan sentiasa meletakkan kau selamanya didalam hati kami.

Aku mahu kau selalu disisiku.
Aku mahu kau selalu melihat aku.
Aku mahu kau selalu membelai aku.
Aku mahu kau masuk ke syurga bersama-sama kami.
Aku mahu kau menjadi emakku didunia dan akhirat.
Amin.

Say Alhamdulillah, thanks you Allah, thanks  you  Allah, for my mother.

p/s: selamat hari ibu. Assalamualaikum.

Saturday 28 April 2012

Sungguh Jauh.


betul orang cakap kita boleh terjatuh hati dekat sesiapa je.
dan aku pun yang hati keras sejak dikecewa kan dulu.
dah terjatuh hati dengan salah orang pulak.


Aku pun tak tahu,
tetibe aje aku boleh falling in love.
tapi aku tak main jiwang2.
dekat phone replay lagu jiwang 
24 jam.


Tapi just minat tak dosa kan?
nak doa boleh?
nak doa dia masuk islam?
macam 
'cat Steven' (yusuf islam)
insyaAllah.
tapi aku tak nak terover berangan2 atas angin lah kan.
nanti orang naik menyampah dengan aku.


ni barang2 yg aku simpin hehe...
(angau)



sweet moment 21/4/2012- saturday

sekian.....
p/s": entry aku tak jiwang tapi just meluahkan apa yg terbuku di hati.

Saturday 14 April 2012

Sungguh Aku Susah.

Assalamualaikum,

orang kata nak buang tatu dikulit itu sakit,
nak buang tatu di hati lagi perit.

-HLOVATE-

-contengan jalanan-

Baru aku sedar erti sebenar sebuah kehidupan. Cara macam mana kita nak mengisi ruang hidup kita yang kosong ini dengan penuh makna dan bererti. Hidup akan lebih bererti jika DIA berada dekat dengan diri kita.

Kadang-kadang kita tak sedar yang hidup kita jauh terpesong dari rahmatnya. Jauh. Kita tak sedar yang kita terlalu beruntung kerana nikmat yang dia beri pada kita cukup istimewa. Tapi sayang, kita tak nampak apa itu nikmat DIA.

Tak sedar ke kita yang kita masih boleh bernafas,melihat,mendengar,berkata-kata dan berjalan itu suatu nikmat? Tak cukup ke itu semua pada kita yang hina ini? Tapi kita masih tak bersyukur dengan nikmat itu semua dan sentiasa mengeluh. "Haish..kenapalah aku jadi manusia? "
Perlu ke sampai begitu sekali kita perlu mengeluh? sedangkan kita sendiri tahu yang manusia lah ciptaan NYA yang cukup istimewa..

Tak cukup lagi ke semua itu menyedarkan diri kita? ke kita nak jadi seperti " the men who decided to change 12 th hour dies on the 11 th" ?.. Nak ke? kita pergi mengadap dia tanpa sebarang bekalan. Tanpa sebarang persiapan. Sungguh aku susah untuk memikirkan semua itu.

Kadang-kadang hidup di dunia ni seperti perjalanan yang terlalu panjangdan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak kemana. Bila kita tersalah membawa kaki melangkah, pasti diri kita yang terjunam. When you think you've it bad, others've  had it worse. Mungkin kita belum terlambat atau terlalu teruk. " Walaupun kompas tersilap arah,perlu berpatah balik walaupun payah".

May ALLAH bless us. Amin.

Saturday 17 March 2012

Bukan Senang Ke Nak Jadi Baik Ni?

Assalamualaikum...


Ramai orang cakap dekat aku senang nak jadi baik. Memang aku tak nafikan sememangnya , memang senang nak jadi baik. Contoh yg asas:
 

Hang kena...
-selalu ingat ALLAH
-hang pakai tudung/menutup aurat (bagi perempuan)
-hang hormat mak ayah 
-selalu sembahyang


Kan senang tuh. kan?


Memang senang kot,tapi kenapa kita payah sangat nak buat? lagi-lagi dekat zaman serba berteknologi yg tinggi. Bukan ke lagi senang nak melaksanakannya? Nak tutup aurat, tudung dah berlambak dekat tepi-tepi jalan or pasar malam macam-macam fesyen lak tuh. Tapi sekarang ni kebanyakkannya pakai tudung sebab ikut fesyen terkini. Kalau x pakai tudung ber'atap' tuh kolot lah jawabnyer..


Nak hormat ibubapa, selalu ikut cakap diaorang. Tapi yg ni aku rasa yg paling-paling 100x susah nak buat kan. Mak minta tolong je " Alah mak kejap lah", "Mak ni kacau je lah..", "Ayah ni menyusahkan orang jelah".. Itulah lah, inilah..macam-macam kita menjawab..padahal kita cakap "ah" je dekat ibubapa kita dah berdosa.. 
memang susah kan?


Nak selalu ingat DIA. Lagi senang.. kita boleh berzikir selalu,berdoa... tapi ni yg paling kita alpa dan lupa dgn DIA...hati kita terlalu taksub dengan hal-hal duniawi sampai DIA yg mencipta kita pun kita bole lupa kan?hati kita dah diisi dengan benda-benda sejak lahir lagi.. bayangkan bayi dalam kandung dihadapkan dengan lagu-lagu yg melalaikan sedangkan lebih elok kalau kita hadapkan dengan membaca al-quran untuk ciptaan DIA yg bakal melihat dunia tuh. Aku tak cakap aku baik dan selalu ingat DIA..tapi aku selalu berusaha.. semua manusia akan melakukan dosa..


Bukan nak cakap banyak, tapi punca segala nya. nak jadi baik.. semuanya bermulanya dari hati. Niat kita untuk diri kita dan DIA. Kita nak dia redhai kita atau dilaknat oleh nya. Dan tuh semua bermula juga dari solat kita. Kalau kita sembahyang kerana DIA. Pasti semuanya mudah dan jalan untuk kita jadi baik terbuka luas. Insyaallah dengan keberkatan DIA. Amin..


Insyaallah semua orang boleh berubah kalau niat korang betul yea..hehe 


p/s: Yang baik datangnya dari ALLAH yng buruk datangnya dari aku... tak niat nak burukkan siapa2... wasalam... :D









Friday 24 February 2012

I always THINKING and won't GIVE UP

Jam didinding terus berdetik tanpa berhenti atau memperdulikan manusia disekelilingnya. 
Deruan angin berlalu datang dan pergi tiada halangan. 
Nadi berdenyut dengan normal. 
Mata berkelip,oksigen disedut tanda masih bernyawa.

Mata memandang keadaan sekeliling.
Pokok-pokok hijau kelihatan,
Membuat photosynthesi untuk memberi oksigen kepada manusia
Tanpa meminta balasan kembali.

Hati kecil memuji ciptaan NYA,
Ciptaan yg tiada bandingan.
Tiada yang dapat meniru.
Siapakah yg boleh meniru membuat 1 atom oksigen?
Ada yg berani mengaku?

Awan-awan berarak indah.
Biru yg memukau pancaindera.
Biru yg istimewa.
Aku cukup terpukau.

Air sungai mengalir tenang.
Ikan tenang berenang.
Hati dan jiwa tenang melihat keindahan NYA.
Hanya mampu memuji ciptaan NYA.


Bintang bercahaya pada dingin hari seperti lazim.
Indah nya dia menyinari malam yg gelap gelita.
Berkelipnya ia dengan izin NYA.
Hilangnya dia di siang hari.

WASSALAM...

p/s: human always thinking and thinking about around they. And try to find the answer.. And Won't give up..