Tuesday 26 February 2013

Kami juga ciptaan ALLAH

Assalamualaikum manusia asing,

Malam ni bulan cantik sangat. Mashaa Allah. Indah ciptaannya sebab semua ciptaannya indah-indah belaka walaupun bukan dizahirkan pada rupa paras seseorang itu. Betul kan?

Tapi sekarang ni jarang jumpa manusia yang macam tuh. Yang memandang kecantikkan dalaman tapi sekarang ramai yang memandang kecantikkan luaran. Yang cantik dilayan baik dan yang kurang cantik dicampak ketepi. Anda-anda sekalian kami juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Tak perlu layan kami seperti permaisuri tapi cukuplah sekadar menghormati kami.

Kami tak minta dilahirkan begini tapi kami cukup bersyukur kerana dilahirkan dengan cukup sifat. Kami boleh mendengar,melihat,menghidu,bercakap dan berjalan dgn sempurna. Kami bersyukur kehadrat Illahi. Alhamdulillah.

Walaupun kadang-kadang terlihat difikiran kami dan tertanya-tanya 'kenapa aku tak secantik mereka?'. Ya ALLAH. Syaitan itu memang pandai mempegaruhi kami. Kami jadi macam tu sebab terlampau cemburu dengan anda-anda tapi kami terfikir apa hal kami untuk mempersoalkan kejadian ALLAH? Hinanya kami sebagai mahluk ciptaannya.

Kami masih berjuang dan betahan melawan perasaan ini walaupun kadang-kadang kami lemah. Tapi kami cuma nak cakap yang kami manusia yang punya perasaan juga. Hormatilah kami. Kami tak perlukan perhatian tapi cuma sikap hormat terhadap kami. Kami cuma manusia biasa.




Friday 22 February 2013

ALONE.

assalamualaikum hamba ALLAH







Berdiri sendirian di sebalik tembok konkrik,
Tembok yg menjadi tempat penyembunyian bagi
diri ini daripada orang ramai,
Hanya mampu memandang dari bawah,
Dan ianya sangat sukar dilepasi,
Walaupun hanya takdir,
Mampukah untuk dilepasi ?

Sendirian tiada sesiapa disisi.
Tiada yg menyokong.
Tiada yg menghulur bantuan.
Tiada yg peduli.
Tiada yg ambil kisah.
Tiada yg bertanya.

Masing-2 hanya memalingkan muka 360 darjah 
ke arah bertentangan,
Tiada yg sudi memandang tepat 
ke dalam mata,
Tiada yg mengerti,
Walaupun secebis perasaan.


Tiada yg berani mengubahnya,
Hanya tahu memberi nasihat,
Tapi tanpa memandang keadaan sekeliling,
Tanpa mempedulikan apa yg ingin dibicarakan,
dan apa yg ingin dilontarkan keluar,
Akhirnya hanya terpendam.

p/s: waktu jahil dulu memang banyak yang terlepas pandang.

















Thursday 21 February 2013

#First Artwork

first artwork yang baru disiapkan bulan lepas.
harap tangan aku tak putus asa untuk cuba yang lagi terbaik
seni untuk tengok dan dihargai.
hanya itu je orang2 seni macam aku nak.
tak payah bagi pujian melambung2.
sekadar senyuman sudah memadai.
sekadar korang faham maksud yg aku nak sampai kan dah.

(picture model: TPK and now he at hospital :'( 
harap dia cepat2 lah sembuh)