Saturday, 14 April 2012

Sungguh Aku Susah.

Assalamualaikum,

orang kata nak buang tatu dikulit itu sakit,
nak buang tatu di hati lagi perit.

-HLOVATE-

-contengan jalanan-

Baru aku sedar erti sebenar sebuah kehidupan. Cara macam mana kita nak mengisi ruang hidup kita yang kosong ini dengan penuh makna dan bererti. Hidup akan lebih bererti jika DIA berada dekat dengan diri kita.

Kadang-kadang kita tak sedar yang hidup kita jauh terpesong dari rahmatnya. Jauh. Kita tak sedar yang kita terlalu beruntung kerana nikmat yang dia beri pada kita cukup istimewa. Tapi sayang, kita tak nampak apa itu nikmat DIA.

Tak sedar ke kita yang kita masih boleh bernafas,melihat,mendengar,berkata-kata dan berjalan itu suatu nikmat? Tak cukup ke itu semua pada kita yang hina ini? Tapi kita masih tak bersyukur dengan nikmat itu semua dan sentiasa mengeluh. "Haish..kenapalah aku jadi manusia? "
Perlu ke sampai begitu sekali kita perlu mengeluh? sedangkan kita sendiri tahu yang manusia lah ciptaan NYA yang cukup istimewa..

Tak cukup lagi ke semua itu menyedarkan diri kita? ke kita nak jadi seperti " the men who decided to change 12 th hour dies on the 11 th" ?.. Nak ke? kita pergi mengadap dia tanpa sebarang bekalan. Tanpa sebarang persiapan. Sungguh aku susah untuk memikirkan semua itu.

Kadang-kadang hidup di dunia ni seperti perjalanan yang terlalu panjangdan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak kemana. Bila kita tersalah membawa kaki melangkah, pasti diri kita yang terjunam. When you think you've it bad, others've  had it worse. Mungkin kita belum terlambat atau terlalu teruk. " Walaupun kompas tersilap arah,perlu berpatah balik walaupun payah".

May ALLAH bless us. Amin.

Saturday, 17 March 2012

Bukan Senang Ke Nak Jadi Baik Ni?

Assalamualaikum...


Ramai orang cakap dekat aku senang nak jadi baik. Memang aku tak nafikan sememangnya , memang senang nak jadi baik. Contoh yg asas:
 

Hang kena...
-selalu ingat ALLAH
-hang pakai tudung/menutup aurat (bagi perempuan)
-hang hormat mak ayah 
-selalu sembahyang


Kan senang tuh. kan?


Memang senang kot,tapi kenapa kita payah sangat nak buat? lagi-lagi dekat zaman serba berteknologi yg tinggi. Bukan ke lagi senang nak melaksanakannya? Nak tutup aurat, tudung dah berlambak dekat tepi-tepi jalan or pasar malam macam-macam fesyen lak tuh. Tapi sekarang ni kebanyakkannya pakai tudung sebab ikut fesyen terkini. Kalau x pakai tudung ber'atap' tuh kolot lah jawabnyer..


Nak hormat ibubapa, selalu ikut cakap diaorang. Tapi yg ni aku rasa yg paling-paling 100x susah nak buat kan. Mak minta tolong je " Alah mak kejap lah", "Mak ni kacau je lah..", "Ayah ni menyusahkan orang jelah".. Itulah lah, inilah..macam-macam kita menjawab..padahal kita cakap "ah" je dekat ibubapa kita dah berdosa.. 
memang susah kan?


Nak selalu ingat DIA. Lagi senang.. kita boleh berzikir selalu,berdoa... tapi ni yg paling kita alpa dan lupa dgn DIA...hati kita terlalu taksub dengan hal-hal duniawi sampai DIA yg mencipta kita pun kita bole lupa kan?hati kita dah diisi dengan benda-benda sejak lahir lagi.. bayangkan bayi dalam kandung dihadapkan dengan lagu-lagu yg melalaikan sedangkan lebih elok kalau kita hadapkan dengan membaca al-quran untuk ciptaan DIA yg bakal melihat dunia tuh. Aku tak cakap aku baik dan selalu ingat DIA..tapi aku selalu berusaha.. semua manusia akan melakukan dosa..


Bukan nak cakap banyak, tapi punca segala nya. nak jadi baik.. semuanya bermulanya dari hati. Niat kita untuk diri kita dan DIA. Kita nak dia redhai kita atau dilaknat oleh nya. Dan tuh semua bermula juga dari solat kita. Kalau kita sembahyang kerana DIA. Pasti semuanya mudah dan jalan untuk kita jadi baik terbuka luas. Insyaallah dengan keberkatan DIA. Amin..


Insyaallah semua orang boleh berubah kalau niat korang betul yea..hehe 


p/s: Yang baik datangnya dari ALLAH yng buruk datangnya dari aku... tak niat nak burukkan siapa2... wasalam... :D