Saturday, 11 May 2013
Hadiah Istimewa Dari Allah Buatku
aku lebih suka menganggap dia sebagai seorang sahabat kerana lebih mesra.
aku memang suka manja-manja dengan dia sampai
kadang2 dekat tempat umum pun aku buat bodoh.
orang pandang pelik. aku pandang dia dan tersenyum.
dia banyak berkorban untuk aku sampai tak terkira dek jari tangan dan kaki
tapi aku selalu menentang dia
dan dia selalu merajuk hati dengan aku
dan kadang2 ego aku terlalu tinggi untuk memohon maaf
tapi pergaduhan kami tak lama
dalam sehari atau dua hari
tapi sekarang ni aku lebih rela perasaan aku yg terluka dari dia
aku tak sanggup tengok dia merana lagi
jika aku diberi pilihan antara nyawa aku atau dia
aku lebih memilih dia
sebab dia umpama nyawa dalam hidup aku
aku terlampau menyayangi dia.
Ya Allah janganlah engkau mengambil nyawa dia iaitu 'emakku'
sebelum aku menjadi kebanggaan dia didunia dan diakhirat
dan satukan aku dan emakku di syurga kelak.
Amin...
Tuesday, 30 April 2013
identiti diri
ini kisah hidup aku tak tiada siapa faham dan aku tak perlukan semua tu. Asalkan kita selalu ingat pada yang Esa bukan?
Orang putih cakap 'don't judge book by it's cover'. Macam tu juga aku. Aku tak perlukan orang yang tak kenal aku menjuri imej aku atau fizikal aku. Yang aku perlu hanyalah pandangan atau cadangan yang boleh ditelan oleh akal aku. Itu sudah memadai bukan? Tak perlu mencaci aku untuk menunjukkan aku betul-betul pesalah yang tiada peguam bela. Aku juga manusia yang punya perasaan. Aku ciptaan yang diberi roh dan juga hati persaan dan aku bukan patung cendana yang diletakkan disuatu tempat yang hanya untuk dijadikan tempat melepaskan cacian atau hinaan.
Okay-okay siapa-siapa yang baca ayat dekat atas tu jangan sedih. Aku bukan buat luahan perasaan tapi saja-saja buat gimik. Haha. Tak semestinya apa yang aku tulis tu seratus peratus betul sebab aku bukan sempurna dan bukan semua orang dalam dunia ni sempurna. Betul kan? Tapi ada juga yang betul. Tapi jangan amik ayat tu nanti korang makan hati berulam jantung. Tu bagi siapa yang terasa. Haha.
Bukan apa,aku sekarang ni tengah ada konflik jiwa. Pelik? Memang pelik. Dengan perasaan yang hentah pape wujud. Aku pun kadang-kadang tak kenal dah dengan diri aku ni. Fakta. Kadang-kadang okay. Kadang-kadang ke laut juga aku ni. Dan bila identiti tak pasti dan perasaan mula berkecamuk mulalah segala bagai benda yang aku nak buat tak terbuat-buat. Tengok. Macam mana nak terus maju?
Aku cuba untuk lupakan apa yang aku rasa baru-baru tapi macam susah. Ke aku ni 2 tuuut? Ah! payah dah aku ni. Dosa-dosa. Dah lah aku dah keliru sangat. Bye. Assalamualaikum.
* Ya ALLAH kau bimbinglah aku ke jalanmu yang benar dan janganlah kau pesongkan aku dan teruslah beri aku hidayah Ya ALLAH. amin. *
Subscribe to:
Posts (Atom)