Even dah terlambat sikit.
Tapi aku still nak tulis entry ni..
DEDICATED TO: MY BELOVED MOM...
My supergirl
Dia umpama nyawa dlm hidup aku.
Dia umpama jiwa dan raga dlm hidup aku.
Dia umpama baying-bayang dlm hidup aku.
Dia umpama nafas dlm hidup aku.
Dia umpama kaki untuk aku menuju kearah kejayaan hidup
aku.
Dialah emakku.
Sanggup bangun pagi untuk memberi sesuap nasi buatku.
Sanggup berlapar untuk aku dan adik beradik makan.
Sanggup bekerja siang dan malam untuk menunaikan hajat
kami.
Sanggup memendam kesedihannya untuk melihat kami
tersenyum.
Dialah emakku.
Dia berdiri teguh walaupun tiada sesiapa disisinya.
Dia berdiri teguh walaupun bermacam peristiwa hitam sudah
dilalui.
Dia berdiri teguh walaupun dicaci dan dimaki.
Dia berdiri teguh walaupun hidup berseorangan
bersama-sama kami.
Dialah emakku.
Kami anakmu akan sentiasa disisimu susah mahupun senang
hingga mati.
Kami anakmu akan sentiasa menjagamu hingga akhir hayat
kami.
Kami anakmu akan sentiasa menyayangimu untuk selamanya-lamanya.
Kami anakmu akan sentiasa taat kepadamu hingga hembusan
nafas terakhir.
Dan kami anakmu akan sentiasa meletakkan kau selamanya
didalam hati kami.
Aku mahu kau selalu disisiku.
Aku mahu kau selalu melihat aku.
Aku mahu kau selalu membelai aku.
Aku mahu kau masuk ke syurga bersama-sama kami.
Aku mahu kau menjadi emakku didunia dan akhirat.
Amin.
Say Alhamdulillah, thanks you Allah, thanks you
Allah, for my mother.
p/s: selamat hari ibu. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment