Tuesday, 17 May 2011

indahnya pelangi kerana penciptaNYA...


بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم


indahnya pelangi kerana penciptaNYA yang esa..tidak terkata bila memandangnya...lidah terkelu tidak berkata-kata hanya suara hati yang bersuara "subahanallah indahnya ciptaannya"..
tiada apa yang mampu menandingi ciptaannya..tiada apa-apa...
hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk Dia lakukan untuk mahluknya.. Dia datangkan hujan yang berserta ribut..tetapi dia berikan kita keindahan pelangi setelah hujan....
amat indah kurnian yang Dia berikan kepada mahluknya... tetapi sayangnya pemberiannya dianggap suatu hal yang remeh bagi seseparuh golongan..amatlah sayu hati ini tidak terkata..setiap pemberian datangnya daripada  Allah s.w.t dan hanyalah pinjaman kepada kita olehnya...janganlah kita riak dengan apa yang kita ada sekarang ini..kerana semuanya datang dariNya..seperti pelagi jua..ianya perhiasaan langit yang cukup indah daripada Allah buat kita.. Dia mahu kita sedar yang tiada tuhan yang disembah selain Allah s.w.t  





indahnya pelangi...seperti mahu berlari diatasnya jika diizinkan..tetapi apakan daya itu semua hanyalah khalayan semata-mata...janganlah berangan-angan seperti mat jenin yang tiada kesudahannya...
indahnya pelangi kerana penciptaNya... jika tiada Dia tiadalah pelangi dan tidak adalah kewujudan kita dimuka bumi ini sebagai penghuni dan tiada lah alam semestar ini yang terbentang luas ini.. Kita mesti percaya yang adanya kita wujudnya Allah yang Esa... tetapi kadang kala kita alpa dengan kewujudan Dia disisi kita selama ini..kita lalai dan kita sering melupakannya dan kita hanya mengingatinya hanya ketika dalam kesusahan sahaja...dan bila kita mendapat nikmat darinya haruslah kita bersyukur dengan kurnianya.. kerana semuanya dari Allah s.w.t... begitulah indahnya pelangi kepada kita kerana ianya pemberian Allah kepada kita. Setiap nikmat yang diberikan kepada mahluknya berbeza-beza dan bukannya dia tidak berlaku adil tetapi mahu Dia mahu mahluknya bersyukur dengan setiap pemberiannya kepada kita. Dia mahu kita belajar hidup susah mahupun dan sentiasa mengingati NYA...dia beri kita kehidupan yag senang dan rezeki yang melimpah luah tetapi kita tidak dapat keberkatanNya jika kita melupakannya dengan nikmat yang telah diberikanNya.. kita diberikan kehidupan yang sederhana tetapi kita selalu berdoa dan selalu mengingatinya dan selalu bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Nya.. kita janganlah riak dengan semua ini kerana ini hanyalah duniawi semata-mata..

indahnya pelangi...
pelbagai warna...
tidak terkata bila memandang..
inginku capai..
pelangai yang indah..
ingan ku tatap..
penciptanNya yang ESA...

P/S: tiada kena mengena dengan sesiapa pun.. cik golek hanya menulis sebagai mahluknya yang lemah dan tidak terdaya..yang baik datangnya daripada Allah s.w.t dan yang tidak baik semuanya dari cik golek.. Wassalam... (^___^) 





6 comments:

Afuan Shah said...

subhanallah :)

zora said...

nice entry...:P

cik golek...... said...

afuan shah; :)

zora; thx so much.. :)

MiZ Rayy said...

Subhanallah.. Betapa besar kuasa Allah.. =)

qlah said...

cintailah ciptaan Allah.. ;)

cik golek...... said...

qlah.. yea.. :)