Saturday 13 August 2011

tak salah kalau kita memandang kebelakang semula...

assalamualaikum semua.. (^_^)


Hai semua! cik golek nak  share sikit..korang pernah tak terfikir untuk pandang belakang lepas semua ujian yg korang hadapi? tak payah pandang belakang lah..teruskan je ke hadapan kan...tak salah tu..tapi kita boleh memandang kebelakang semula..kenapa eak? ("-.-).. sebab kita boleh tengok sebagai pengajaran dalam hidup kita nie..supaya kita tak ulangi lagi kesilapan yang sama di masa hadapan nanti..

Semua yang terjadi ada hikmah disebaliknya ...bukan semua masalah yang diberi kepada kita sebagai masalah..kadang kita kena berpandangan positif jugak...semua masalah ada jalan penyelesaiannya dengan memohon dengan-Nya..memang kadang tuh kita susah nak terima sesuatu yang pernah terjadi pada kita sampai kita tak nak ingat semua perkara tuh..tapi kalau kita ulangi lagi..kan nanti kita pulak terluka lagi..semua tuh kita boleh ubah walaupun semua benda dah di takdirkan oleh Nya tapi kita boleh berusaha jugak kan dengan memohon petunjuk darinya..betul tak?

Cik golek tak nak membebel lebih2..sebab kadang2 cik golek pun ada buat salah dan silap..semua orang tak terlepas daripada membuat kesalahan..betul tak? tapi kita boleh mengelakkan diri dari semua tuh..dengan berusaha untuk berubah jadi lebih baik daripada dulu..semuanya boleh berubah dengan hati yang bertawakal padanya... (^_^)

Kadang2 tuh..memanglah kita berfikir yang memandang kebelakang semula sama saja dengan menempah maut..tapi tak semua macam tuh..kita boleh pandang dari sudut yang lebih positif daripada sudut yang negatif..sekiranya dulu kita berkelakuan kurang baik (jahat) dan sekarang kita nak berubah baik..kita boleh memandang kebelakang untuk mengingati perkara2 yang melampau pernah kita lakukan..tetapi jangan ulanginya tapi sebagai guide untuk diri kita untuk berubah supaya kita jauhkan dengan perkara2 tuh semua.. kan itu lebih baik..seperti munasabah diri kita sendiri.. (^_^)

Apa yang penting..memandang kebelakang itu tidak salah yea... (^_^).. bye....wasalam...



can I look back??

No comments: