Thursday 8 December 2011

Kepentingan Diri

Assalamualaikum....

Dizaman yg penuh pancaroba serta semua orang senantiasa berlumba,kita sering meletakkan diri kita yg penting sekali. Namun sedarkah kita yg sebenarnya kita dah lupa benda yg lebih penting mengatasi segalanya dalam hidup ini. Bak kata Nabil, lu pikir la sendiri beb.. ^^,


 Pentingkan Diri Sendiri :
- Ini ke sikap kita setiap hari? tak payah ingat orang belakang bak kata orang " Janji kita lepas, orang lain tak kisah le ". Cuba orang lain buat kat kita camtu mau angin satu badan tapi kita tak sedar yang kita dua kali lima je..

Orang Lain Tak Penting :
- Dah takde dah sikap setia kawan, jiran sepakat, perpaduan ummahdan sebagainya. Yang penting diri sendiri senang orang lain susah apa kisah. Semuanya macam peserta SURVIVOR, siapa cepat dia dapat, siapa kuat dia selamat. Tak de nak tolong- tolong..

Kita Orang Penting :
- Cuba ingat sikit, siapalah kita di atas dunia yang sementara ni. Agak-agak kat mana tempat kita pada pandangan yang MAHA ESA. Besar sangat ke kita ni? Bagus sangat ke kita ni? Best sangat ke kita ni?

Ada Kepentingan :
- Sekarang ni nak buat apa pun kena ada kepentingan, kena ada motif serta insentif baru boleh jalan. Setakat nak buat kerja amal, atas nama kebajikan, semangat bantu membantu sesama insan memang tak de le. Bahagia sangat le kita hidup selesa bila saudara2 kita sedang menderita.

Tiada Sepenting- NYA :
- Semua benda yang kita buat, kita kejar, kita harap....semuanya tak jadi penting jika kita sedar semuanya tak boleh bawak mati. Yang penting ialah siapa kita disisi-NYA. Bukan ke kat sana hanya ketakwaan menjadi ukuran? Kenapa nak kalut kejar benda yang sementara je kat dunia ni dan lupa pada kehidupan yang kekal abadi.



p/s : korang rasa2 diri korang tergolong dalam group yg mana..kalau ada..segeralah berubah sebelum semuanya terlambat.. kalau korang tak de tergolong..alhamdulillah..but keep it up..jgn fikir diri dah bagus yea..wassalam.. ^^,



1 comment:

ZORA said...

mestilah yg last sekali..:)