Saturday 14 April 2012

Sungguh Aku Susah.

Assalamualaikum,

orang kata nak buang tatu dikulit itu sakit,
nak buang tatu di hati lagi perit.

-HLOVATE-

-contengan jalanan-

Baru aku sedar erti sebenar sebuah kehidupan. Cara macam mana kita nak mengisi ruang hidup kita yang kosong ini dengan penuh makna dan bererti. Hidup akan lebih bererti jika DIA berada dekat dengan diri kita.

Kadang-kadang kita tak sedar yang hidup kita jauh terpesong dari rahmatnya. Jauh. Kita tak sedar yang kita terlalu beruntung kerana nikmat yang dia beri pada kita cukup istimewa. Tapi sayang, kita tak nampak apa itu nikmat DIA.

Tak sedar ke kita yang kita masih boleh bernafas,melihat,mendengar,berkata-kata dan berjalan itu suatu nikmat? Tak cukup ke itu semua pada kita yang hina ini? Tapi kita masih tak bersyukur dengan nikmat itu semua dan sentiasa mengeluh. "Haish..kenapalah aku jadi manusia? "
Perlu ke sampai begitu sekali kita perlu mengeluh? sedangkan kita sendiri tahu yang manusia lah ciptaan NYA yang cukup istimewa..

Tak cukup lagi ke semua itu menyedarkan diri kita? ke kita nak jadi seperti " the men who decided to change 12 th hour dies on the 11 th" ?.. Nak ke? kita pergi mengadap dia tanpa sebarang bekalan. Tanpa sebarang persiapan. Sungguh aku susah untuk memikirkan semua itu.

Kadang-kadang hidup di dunia ni seperti perjalanan yang terlalu panjangdan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak kemana. Bila kita tersalah membawa kaki melangkah, pasti diri kita yang terjunam. When you think you've it bad, others've  had it worse. Mungkin kita belum terlambat atau terlalu teruk. " Walaupun kompas tersilap arah,perlu berpatah balik walaupun payah".

May ALLAH bless us. Amin.

No comments: