Saturday 16 June 2012

Hati kata mahu. Otak kata tidak

"Rojak- rojak....." "Sayur- sayur!!... "

Suasana di pasar malam sememangnya begini setiap kali aku kesitu.. Sesak. Sukar untuk aku bernafas walaupun se atom dari oxygen . Payah. kaki terus berjalan kegerai-gerai lain. Selepas gerai buah seterusnya ke gerai baju. Mata terus melilau melihat kiri dan kanan. Tiada makanan yang berkenan dengan selera aku. Uda dan aku terus melangkah walaupun terlampau sesak dek apek-apek dan nyonya-nyonya. Terpaksa. Akhirnya mata aku terpaku kearah seorang yang agak berumur. Mungkin dalam lingkungan 32-39. Pakcik tu memegang tabung . Tabung derma. Aku melintasi dengan pelahan dan mata aku masih memandangnya. 

" Derma dik, insyaallah dimurahkan rezeki"

Zupp...jantung ku berdegup laju. Aku seperti hilang kata. Mata ku terasa panas. Tekak ku terasa berpasir.. Aku akhirnya akur dan terus melangkah. Hati aku ingin menderma. Tetapi otakku menidakkan. Kenapa? Aku pun tak faham. Aku keliru. Sangat. Sungguh.

Langkahku semakin lemah. Jantungku masih laju berdegup. Kenapa aku perlu takut?. Aku takut kalau orang sekeliling memandang aku seperti pura-pura baik. Tapi kenapa perlu takut untuk melakukan suruhan ALLAH? Asalkan niat aku betul dan kerana dia kan? Dan biarkan pandangan orang lain. Senang bukan?

"Dek,, dah sampai hujung ni.. kau nak beli pe?" Aku masih berdiam dan hanya menjongkitkan bahu aku. Uda dan aku berpatah balik. Lagi sekali aku berselisih dengan seorang lagi pakcik yang memenggang tabung derma tapi kali ini pakcik ni memakai jubah putih..keadaan masa tuh sangat merobek jiwa aku.. Sangat. Aku melihat disisi pakcik tu ada seorang lelaki yang sedang membuka wallet dia dan not RM 5 kelihatan.

"oh, tak pe kot.. abang tuh nak derma. Aku derma dekat depan je lah." Bisik hatiku. Aku pun berlalu dengan pelahan. Tetapi semasa aku hendak melangkah kaki ku ini rupa-rupa abang itu tadi keluarkan duitnya untuk bertujuan menderma tetapi untuk membeli. Zupp.. lagi sekali hati ku berdegup kencang. Dan tidak semena-mena pakcik berjubah itu tersepit di kalangan manusia yang tidak menghiraukan kehadirannya disitu. Sangat menghayat hati. Aku terus meneruskan langkahku kerana tidak sanggup  untuk menahan jiwaku. Aku teruskan perjalanan dengan pelahan-lahan. 

"Aku masukkan dekat pakcik yang depan tuh lah." Bisik hati kecilku.. Langkah uda emakin pelahan. Dan langkah kami semakin hampir dengan pakcik itu. Berhenti. Uda berhenti? Kenapa?

"Terima kasih adik, insyaallah dimurahkan rezeki." Uda terus berlalu. Aku terkasima.
"Terima kasih adik, insyaallah dimurahkan reaeki." Dan aku terus mengatur langakah. Allah lepas satu amanah yang kau berikan kepada aku dan uda ku. Alhamdulilallah.. akhirnya kami terus ke kedai buah dan selesai sahaja membeli aku dan uda terus ke parking motor. Selamat tinggal pasar malam...

p/s: Jangan takut dan memikirkan orang sekeliling untuk menilai kita tetapi biarlah Allah yang menilai diri kita..




1 comment:

fadh leyanie said...

sambil mebaca sambil terbayangkan suasananya..menarik,.berbuatkan kebaikan Allah suka :)