Tuesday 21 May 2013

Cubalah Berfikir

Dadanya turun naik dengan laju. Warna mata putihnya semakin hilang berganti dengan warna kemerah-merahan. Amarahnya semakin menebal seakan-akan tiada apa yang dapat meredakan marahnya lagi. Jiwa mudanya melonjak-lonjak inginkan kebebasan. Tiada undang-undang. Tiada batasan dan tiada halangan. Bangkang. Dia ingin membangkang semuanya. Semua. Dia ingin ketua negara itu jatuh tersungkur ke tanah. Nafsunya menusuk-nusuk. Dia sudah nekad. Pasti. Itulah yang akan dia lakukan walaupun nyawa dia sendiri melayang dan menjadi hamba bangsa lain. Bendera ditangannya digenggam kuat.

"Tahar,kau pasti ke nak buat semua ni?" Malique inginkan kepastian.

"Kau taknak ikut,kau stay sini" Tahar masih termenung jauh.

"Kau tak takut kena hukum?. Kau ni ikutkan perasaan lah. Kita darah muda,semua kita nak bangkang padahal benda kecil kot Tahar." Malique menepuk-nepuk bahunya.

"Aku rela." Tahar berbasah-basi.

"Kau dah fikir panjang ke ni?" Malique cuba menarik Tahar kembali berfikir dengan lebih rasional.

"Terlebih pembaris nak ukur aku punya fikir lah Malique." Tahar masih berdegil.

"Kau ingat negara kita tak ada undang-undang ke Tahar? suara Malique sedikit tegas.Dia hampir hilang waras dengan manusia disebelahnya itu. Ada yang makan tiang bendera jugak.

"Undang-undang apa kalau tak dilaksanakan oleh mereka?" Tahar memandang dia. Malique melepaskan nafas geram.

"Kau tak boleh macam tu. Kau ingat senang ke nak pimpin negara ni. Kau dah cukup ilmu nak kritik mereka ke?" Malique menuding jari kearah bendera Jalur Gemilang dihadapan mereka. Tahar terdiam seketika seakan-akan ayat Malique terkena tepat kebatang hidungnya pada detik itu. Otak Tahar ligat berfikir seketika itu. Dia turut memandang kearah bendera itu dan memandang bendera lain ditangannya.

"Tapi aku tak suka cara mereka." suara Tahar sedikit lembut berbanding awal-awal tadi. Malique tersenyum sedikit.

"Tahar,selagi mereka yang mencari kemerdekaan untuk kita. Selagi mereka tegakkan Islam. Selagi apa yang mereka buat baik untuk kita. Kita pegang mereka dulu." suara Malique seakan memujuk Tahar. Tahar ingin membalas tapi belum sempat Malique mencantas.

"Kalau kau masih nak bangkang suka hati kau tapi apa aku nak nasihatkan fikirlah tentang diri kau,keluarga,masyarakat dan paling penting bangsa kita. Bangsa Melayu dan agama kita. Islam. Kau nak negara kita yang sekarang ni yang aman berperang macam negara lain atau kita dijajah kembali? Fikir Tahar. Fikir rasional untuk negara Islam kita.

Tahar lagi sekali terdiam. Tapi kali ini lebih lama. Mungkin berfikir atau masih ingin menyusun ayat untuk membalas kembali ayat Malique.


"Mungkin aku perlukan masa untuk  terima mereka." Tahar tersenyum tanda mengalah. Malique angkat tangan tanda terima dan hormat dengan jawapan Tahar.

 "Hah,tuh pengetua. Kata nak bangkang sebab tak boleh bawa phone pergi sekolah. Cepatlah." Malique menyiku Tahar dan tersenyum sinis. Tahar hanya menggeleng.

"Aku cuba belajar dari tahap ni dulu" Tahar tersenyum malu. Malique hanya mengangguk pelahan dan memeluk bahu rakannya itu. Malique bangkit dan menghulurkan sehelai kertas kearah Tahar. Tahar mengambil tanpa banyak tanya dan Malique pergi tanpa banyak cakap.


Takkan Melayu hilang di dunia, Ya..tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa, Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa, Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju, Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju, Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak, Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak.

* stop fighting for our Malaysia *

No comments: