Saturday 11 May 2013

Hadiah Istimewa Dari Allah Buatku



aku lebih suka menganggap dia sebagai seorang sahabat kerana lebih mesra.
aku memang suka manja-manja dengan dia sampai
kadang2 dekat tempat umum pun aku buat bodoh.
orang pandang pelik. aku pandang dia dan tersenyum.

dia banyak berkorban untuk aku sampai tak terkira dek jari tangan dan kaki
tapi aku selalu menentang dia
dan dia selalu merajuk hati dengan aku
dan kadang2 ego aku terlalu tinggi untuk memohon maaf

tapi pergaduhan kami tak lama
dalam sehari atau dua hari
tapi sekarang ni aku lebih rela perasaan aku yg terluka dari dia
aku tak sanggup tengok dia merana lagi

jika aku diberi pilihan antara nyawa aku atau dia
aku lebih memilih dia
sebab dia umpama nyawa dalam hidup aku
aku terlampau menyayangi dia.

Ya Allah janganlah engkau mengambil nyawa dia iaitu 'emakku'
sebelum aku menjadi kebanggaan dia didunia dan diakhirat
dan satukan aku dan emakku di syurga kelak.
Amin...

No comments: